Home

Saturday, December 24, 2011

BEBAS :)

Semalam hari terakhir ku bekerja di syarikat travel agency. Aku rasa sangat gembira akhirnya aku dapat membebaskan diri dari situ setelah dua bulan aku bekerja di sana. Tapi semalam aku bengang sangat-sangat kat bos aku tu. Aku dah plan nak balik tepat kul 5.30 petang tapi dia boleh pula bagi aku kerja print berlambak punya invois. Tersangat bengang aku dibuatnya. Dah tu aku balik kul 7 suku malam. Dah la selama ni aku kerja lebih masa. Sepatutnya aku habis kerja kul 5.30 petang, tapi aku selalu balik lewat. sekali dua je aku balik tepat 5.30 petang. Aku ingat ada lah overtime punya gaji. Tapi ternyata hampeh. Takda OT punya gaji langsung. Tah apa punya company aku tak tau la. Kurang asam, garam danj gula betul. Buat penat je aku kerja lebih masa. Kalau tau awal-awal, tepat jam 5.30 aku chow je balik. Tapi semalam memang bengang. Dah la hari last kerja. Ingat dapat balik tepat jam 5.30 petang. Tetiba dia suh wut kerja pulak. Bangang punya bos. Takde hati perut. Ingat ko sorang je lapar, aku tak lapar? Anak dia pulak, aku just bertanya pun nak tinggi suara. Macam tak boleh cakap elok-elok. Ada sorang staff yang kamcing dengan anak bos pun kurang asam gak perangai, kerek je. Memang patut pun keputusan aku untuk berhenti dari tempat tu. Dah la selama ni aku je yang datang awal (lepas sorng staff berhenti-dia pun tak tahan,kena marah je),balik pulak yang paling lewat. Tersangat tension lebih-lebih lagi, bila tahu tak ada OT kalo balik lewat. Perrghhhh.....Angin betul. Sekarang aku dah bebas lega hati aku. BEST SESANGAT2...............

P/S: Sekarang kena cari kerja baru. Harap environment kat tempat baru dan bos serta staff dia tak sama macam kat tempat lama aku. Hopefully. Amiinnnn...........